LamAN inIeY

Saturday, March 19, 2011

MuTiArA & KatA HikMaH...

Sajer jer aku post Mutiara Kata Hikmah ni kat blog aku..Bukan apa boleh dijadikan inspirasi kita terutama bg aku la...kadang2 rasa cam kata2 tu bley motivate hidup aku..dan ada betol jugak bila kita hayati betol2 maksudnya secara mendalam...hah jom Baca!!!

1) "Jauh sekali perbezaan antara persahabatan dan perkenalan".

2) "Kecantikan, kepandaian, dan keindahan selalu dapat meneladani serta melayani pemiliknya".

3) "Belajarlah ilmu untuk ketenteraman hati, kemantapan iman dan kelembutan jiwa. Nescaya hidup akan damai bahagia".

4) "Watak seorang mukmin itu mengagumkan kerana apabila mendapat musibah dia bersabar dan apabila mendapat kenikmatan dia bersyukur". (Sabda Rasulullah SAW)

5) "Hidup ini bukan diukur dengan waktu hidup, tetapi diukur dengan amal ketika hidup".

6) "Berbuat baik meskipun orang lain tidak melihat kerana sesungghnya kebaikan itu dilihat Allah dan dicatat oleh malaikat".

7) "Berbuat baik kepada orang lain bererti berbuat baik untuk diri sendiri..Berbuat jahat kepada orang lain bererti berbuat jahat untuk diri sendiri".

8) "Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dalam cinta dan lebig besar pengorbanannya demi cinta. Wanita juga banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki".

9) "Balaslah ucapan salam dengan lebih sempurna, nescaya lebih berkat".

10) "Bangunlah di waktu malam dengan ibadah dam zikir kepada Allah, maka hati akan tenteram".

11) "Tidak sepatutnya kita berada dalam terang jika tidak membantu mereka yang dalam kegelapan".


12) "Tidak akan ada kesihatan bagi orang yang selalu sedih dan susah".

13)  "Kecantikan batin boleh menambah kecantikan lahir, kecantikan lahir boleh mengurangkan kecantikan batin, kecantikan lahir tak bererti tanpa kecantikan batin".

14) "Beban berat yang dipikul dengan ikhlas dan senang hati akan menjadi ringan".

15) "Kebencian tidak akan bersanding dengan kasih sayang, tetapi kebencian akan hilang dengan hadirnya kasih sayang".

16) "Bencilah seseorang itu sekadarnya, kerana boleh jadi tidak lama lagi akan anda cintai, cintailah seseorang itu sekadarnya kerana boleh jadi tidak lama lagi dia akan meninggalkan anda".

17) "Jika Allah mencintai seseorang hambanya, maka Dia mengujinya agar dia selalu mendengar rintihan hambanya".

18) "Berilah sesuatu kepada orang lain dengan senyuman dan wajah ceria, nescaya pemberian itu berkat".

19) "Faedah dan manfaat yang pasti dari satu perkahwinan ialah anda akan sembuh dari penyakit bersendirian".

20) "Padukan kecantikan rupa dan jiwa maka kita akan mulia".



Tuesday, March 8, 2011

6 SeBaB LaMbAT BeRtEMu JoDoH...


1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?
Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

ARticle :  Fazilzurakil (Feryco.c0m)

Monday, March 7, 2011

CiTeR PekTikaL : BoREd BeCoMe HaPPiLY EveR AfTer..( BuLaN PeRtaMa)...

Herm cam mana erk nk start citer post aku nih...Aku start pektikal bulan Jun 2011...Punya la eksited aku pi tempat pektikal aku tu...7.45 a.m aku dah sampai kat ofis...gila!!! awal gila kowt...Tapi sebenarnya aku ikut nasih lecturer aku...dia kata for the 1st day ni pi la awal supaya orang2 ofis bagi tanggapan positif kat aku...so disebabkan aku ni pelajar yang mendengar kata, maka aku pun pi awal...Sampai ja, aku dah nebes tahap cipan kena bakar...peluh merembes gila...baju yg aku pakai yang aku rasa agak cun pagi tadi dah basah kat blakang...nebesnya jangan kata la...pastu aku tunggu kat kerusi menunggu depan bahagian aku diletakkan...pastu dtg seorang pakcik...biarlah aku kenalkan pakcik ni...kat ofis panggil LONG...pastu Long datang tny "nk cari sapa?"...so dengan lemah lembutnya aku menjawab "saya nak lapor diri...hari ni hari pertama saya pektikal kat sini"...wahh penuh kelembutan aku menjawab...walhal aku ni suara seganas mungkin...wakaka...(kutuk diri sendiri)...pastu Long suh aku masuk jumpa CC bahagian tu...dengan penuh kenebesan dan kegabraan aku melangkah penuh lemah masuk lam ofis...hadoi..sebelom citer lbh lanjut meh tgok ofis aku bakal duduki 4bulan tu...nice....1st impression...

walapun tak besar tapi sangat selesa....semua org berada dalam lingkungan yg sama..like a family...

Masuk jer dalam ofis aku jumpa la Encik CC tu...lapor diri bagai dan aku diberi meja tempat aku bertenggeng selama 4 bulan ni...hahaha...tempat duduk aku memang sangat strategik...berada di tengah2 buatkan aku boleh melihat sekeliling aku 360 darjah...jadi dapat la aku melakukan aktiviti terluang aku semasa aku blajar dulu...Aktiviti memerhati gelagat orang atau bahasa remaja seperti aku ni aktiviti meng'usha'...hahaha...kenapa tajuk post aku bored become hapilly ever after...kita mulakan dengan kenapa aku bored...start 1 Jun hingga 30 Jun 2010, dalam masa sebulan nih memang hidup aku kat ofis dilanda kebosanan yang teramat sangat...sebenarnya aku ni tersangat pemalu orang nya...bila tempat abru malu aku menjadi2 sampai sepatah org tny sepatah aku jawab...bila tiba time nk breakfast or unch, kakak2 ofis ajak la aku join depa pi kantin...disebabkan malu tak bertempat dan teramat sangat, aku menolak ajakkan tersebut...bayangkan selama sebulan aku tolak ajakkan kakak2 ofis tuk join depa...gila kan...haha..aku pun tak tau pasai pa...tapi mmg itu perangai aku..hehe...sebulan tu gak aku makan biskut kerng 4 keping ngn air meneral sebotol...tahan plak perot aku dr kul 8a.m sampai 5 p.m...tu sebab malu tak bertempat la...sampai ada kakak ofis sorg tu dah bengang ngn aku sbb selalu aku tolak ajakan dia...tapi akak tu skang dah jd kwn baik aku..hehe...sampai ada sorg tu lelaki la selalu perli aku..."tak payah ajak mas dah kenyang"..hampeh kan...
inilah rupa biskut yang aku makan selama sebulan tu...herm..yummy..yummy...

Masuk minggu ke-2 pektikal aku dah dapat keje yang sangat bnyk...kebetulan tyme aku masuk tempat pektikal aku ada bukak jawatan 0,...so beribu2 la form yang dihantar tuk memenuhi kekosongan yang tak seberapa banyak tu...disebabkan minggu pertama aku tersangat la lenggang kangkung, maka aku diberi tanggungjawab tuk memilih candidates yang layak tuk wat tapisan jer dulu...so aku pun dengan bangga nyer memilih..yer la selama ni mana penah aku tgok forms yang begitu banyak sekali...sampai terhapus muka aku ni dr pandangan org lain...makanya, start lah aku mencari, melihat dan mengagih forms yang layak...lawak pun ada time tu...macam jenis result aku tgok..ader yang dapat result exam yang mmg colourfull tonight la...semua huruf complete...haha..pengalaman aku tu...ader yang letak status sudah bertunang, ada yang gtau depa tu lahir hari Ahad lagi...sedangkan form mintak tahun (e.g: 23tahun),bulan (e.g: 4bulan), hari (e.g: 10hari)...ni ada satu candidate tu letak 19 tahun bulan Mei hari Ahad...mau tak gelak aku sehari kat ofis....mmemang sangat lurus tol...hahaha...tapi dalam gelak2 tu la pengalaman yang kadang2 takder org lain dapat....aku bersyukur sangat diberikan kerja begitu..tu menunjukkan org kat ofis percayakan aku..terima kasih geng ofis bahagian tersebut...hahaha...hah nk tgok meja aku minggu tu tak..jom view...
ni bukan forms...tapi masa yg sama aku kena update fail2 peribadi staff2 kat situ...forms lagi tinggi dr ni...beribu2 la katakan...hihi

So untuk bulan pertama citer pasal pektikal ni sampai kat sini dulu...yang bulan selanjutnya aku akan update kemudian...nk wat satu post sekaligus, teramatlah panjang aku rasakan...so nak tau apa jadi kat aku bulan selanjutnya, tggu post yang akan datang...STORY TO BE CONTINUE...


Thursday, March 3, 2011

JoDOh OhH JoDoh...

Herm citer pasal jodoh....memang suatu topik ynag sangt sensitip tol la kat aku...rata2 aku tengok blog kawan2 aku bnyk yng citer pasal jodoh depa skang...tapi adakah depa pasti pasangan depa skang ni adalah jodoh depa??? hah sapa nak jawab...herm...tepuk dada tanya selera...jodoh ni bergantung kepada seseorang tu gak...kadang2 jambatan jodoh dia pendek so tak sampai umuq 20 tahun dah kawin...tapi kalo jambatan jodoh dia panjang alamatnya kena tunggu la sehingga jodoh tu mengetuk hati orang tu...jambatan jodoh panjang??? buat daripada apa erk??? keluli kah??? kayu balak kah??? hahaha...lantak la...aku ada baca kat satu blog ni femes sangat orang tu..beliau berkata " jodoh kita selalu berdekatan ngn kita...cuma kadang2 kita tak perasan bahawa jodoh kita merupakan jodoh sejati yang ditetapkan dalam takdir hidup kita"...dan bagi memudahkan jodoh kita sampai ke destinasi yang dituju tu, tuan/puan jambatan jodoh tu perlu lah membuka laluan di jambatan tu supaya jodoh senang melalui jambatan korang..jodoh yg lambat akan jadi cepat...InsyaAllah...

Terlari plak tujuan post ini dipostkan...haha...sebenar aku cukup stress ngn soal begini...dan soalan berkaitan ini  gak la buatkan aku tak suka nak balik kampung...mesti ader jer mulut yang tersangat manis memerli aku...hish nk plaster mulut kang cakap tak kenang budi dan tak bersopan santun plak..tapi bila biar agak pedih di telinga ni hingga ke ulu hati terasanya...biarlah kan aku nk kawin ke tak g...dah belom sampai seru...lgpun umuq aku baru setahun jagung...dok bising2 apa hal...ayat pedih " dalam keluarga kita ni 24 dah kawin...kalo tak kawin pun dah ada tunang atau calon..hang??"..huh pedih tol ayat ni...sampai ke hari menikam ke sukma kalbu ni...parent ngan kakak2 n abang aku pun tak bising pasal hal ni taw...bila aku bg jawapan tak sampai seru depa kata aku dok bg alasan sama ja...dah memang betol kan seru tak sampai g...nak wat cam mn...hadoi la..ni yg terasa nk fly ke korea ni...hahaha..oppss terambil tajuk post kwn aku plak..haha...

Nak wat cam mn kan...bukan semua orang kita suka, suka balik kat kita..bukan tak penah bukak pintu hati ni tuk 'berkawan' tapi hubungan tu jd up side down...tunggang tebalik jer aku rasa...tunggu punya tunggu tak jadi apa2 pun..tapi aku redha jer..mungkin jodoh aku tak sampai g sebab Allah nk bg yang tebaik tuk aku..hehe..think positive..so terima la qada' dan qadar ni...ehhh aku terima per...ni pun tgh menerima la ni...ngan hati terbuka lagi...hehe...tapi aku jeles ngn kawan aku yang sorang ni...member sekolah...dia baru ja tunang...kenal tak lama pun ngn tunang dia tu daam 3 bulan ja kot...pastu terus tunang...family arrange...so sweet...terasa cemburu yang amat sangat di kala aku mengetahui berita tersebut...pastu skang ni tgh get ready nk kawin...mungkin alam tahun ni gak kot...sedangkan dia la kawan aku yang paling pemalu...akan tetapi dia bakal mendirikan rumah tangga dulu...tu la yang dikatakan jodoh...jodoh dia awal..jodoh aku lambat...tapi aku tumpang gembira ngn dia...tahniah my frend.....

jodoh kita akan sampai...Allah tetapkan setiap makhluk-Nya berpasanga,.redha, usaha,tawakal,dan berdoa...InsyaAllah ada yang terbaik tuk kita... :-)

Wednesday, March 2, 2011

JeJaLaN DeNgaN KenGKaWAn...15/2/11 & 27/2/11...

Kali ni aku nak post pasal kengkawan aku yang aku baru kenal 7 bulan yang lepas...walaupun usia perkenalan kitorg agak ta sampai setahun corn pun, tapi aku cepat rapat ngan depa ni sbb mmg sekepala la...macam giant kucin lam citer Harry Potter yang ada 3 kepala tu..hahaha...jgn marah ar my prend...bila kuar bertiga ni macam2 la yang kitorg wat...merapu banyak...makan sana..makan sini...mau tak besar semuanya..hahaa....

Meh aku kenalkan kawan aku yang baru 7 bulan aku kenal ni...Nurul Hidayah...Cik kak ni aku kenal masa aku ngah pektikal kat Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP)...tapi aku masuk lu dala Majlis sebulan sebelom dia mai kat Majlis tu...1st time aku tgok dia, aku cakap dia budak pektikal gak...yer la dtg ofis ngn beg lappy dia mmg la nampak ala2 budak pektikal atau lebih tepat lagi budak sekolah...pastu bila En.CC mempekanalkan beliau ni baru aku tau yang aku dah tersalah anggap kat cik kak tu...Pegawai Teknologi Maklumat kot cik kak tu...memandai ja aku kata budak pektikal...Bos tu ada siap ada penolong lagi...cayalah cik kak...haha..pastu start aku rapat ngn cik kak ni bila kami kuar bersama2 me'lunch'kan diri...tu la kali petama aku kuar lunch sejak sebulan aku pektikal kat situ...dan lepas tu hari2 aku kuar lunch sampai jadi tembam dah...pastu kawan la kami dua sampai skang...nak tgok cik kak Pegawai tu...meh kita view beliau..hehe... :-D

ni tyme makan kat CAWAN CAFE...thanks to my frend sorg lg...

ni plak tyme kat obersea...wahh gitu..haha..


 Ni plak citer kawan aku yang 2nd ni...Mohd Azha a.k.a Cik Ha...aku kenal cik mamat nih lagi 2minggu kot aku nk abis pektikal kat Majlis tu...time tu Majlis tgh wat Jamuan Hari Raya besar-besaran...time makan2 tu la aku kenal dia...tapi just kenal2 macm tu jer...tak la rapat g...yang bley jadi rapat ni time aku ngn cik kak di atas tu nk g minum and tetiba jumpa Cik Ha ni so kitorg invite la dia join sekali g minum...and selepas kejadian minum tu baru la kitorg rapat dan tau kitorg memang sekepala sangat...lepas tu nk kuar ke mana pun bertiga...dan Cik Ha membe yang paling merapu dalam kalangan 3 org nih...hahhaa...tapi aku suka sbb aku yg termuda dalam kalangan tersebut..haha...(mahap yer cik kak n cik ha)..haha...ni cik ha kalo nk kenal...hehe...
Cik Ha dengan sepegetinya...haha...

Kerapatan kitorang ni tersangat la menyerlah sampai ada yg ingt kami ni dah lama kenal...dan sejak dua menjak ni kalo kami berchatting di YM kami akan ber'conference'...so tiadalah rahsia antara kami...dan bila tiga tiga berchatting maka gamatlah suasana dlm chat room tersebut...puncanya dari Cik Ha ni la..aku ngn cik kak hanya menambah jer bagi suasana menjadi lebih meriahhhh....kannn....meh kita view pictures ketika kami keluar bersama....

kat muzium umah Tok Su...Cik Kak n Cik Ha...

Dalam umah tok su tu...Cik Ha yg amik pic ni..hehe
 makan tyme...haha spesel kan,.
play time...bowling la lagi kalo tak main game bermanfaat nih..haha


Buat Cik Kak n Cik Ha, thanks sbb sudi kawan ngn budak ni...( budak ker???)...hehehe...korang dua memang sangat best la...