LamAN inIeY

Monday, December 24, 2012

Kenapa Jodoh Datang Lambat...(bg yg belom berjodoh lagi yer)...



Sebenarnya entri ni aku amik dari "Jadikan Aku Jodoh Terbaik"... Khas untuk aku sebenarnya...
Buat peringatan kepada diri sendiri...Selalunya kita mmg selalu akan tertanya2
kenapa orang lain dah kawin tapi tak jugak jumpa calon2...
Macam aku jugak, kadang2 terfikir waktu umuq aku macam bukan time nak cari calon..
Tapi dah time nak planning life ke stages seterusnya... 
Tapi tak payah nak kalut... Everything yang kita lalui ni dah memang tertulis sejak
kita dilahirkan lagi... Dah tak boleh nak elak dah...

Jadi, aku post entri ni sbb aku nak kita2 yang lambat ni REDHA... Kena SABAR... So, jom kita cuci2 pemikiran kita yg kuno ni sat...




a. Jodoh itu rahsia Allah. Sejauh dan sedalam manapun anda fikirkan, ia tetap menjadi satu misteri yang tidak mudah diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas.

b. Namun itu tidak bermakna anda hanya perlu mendiamkan diri menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas ikhtiar dan kudrat yang telah Allah kurniakan memandu anda dalam menemui cinta sejati. Berusahalah di samping bertawakal kepada Allah kerana sesungguhnya anda sebagai makhluk hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan pengakhirannya.


c. Bukan Allah tidak tahu kesungguhan anda bangun di tengah malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah tidak tahu betapa perit dan derita yang anda tanggung. Bukan Allah tidak tahu betapa bersungguhnya anda berusaha mencari yang terbaik.

d. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakinilah bahawa Allah tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah telah menguji anda dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.
e. Hanya Allah yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah. Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.
f. Tidak mengapa jika sudah banyak kali anda merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Namun, jangan sesekali berputus harap. Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar.


# Ingat dengan janji Allah...Allah tidak pernah menghampakan hamba-Nya..
Doa itu penting...#

Wednesday, December 19, 2012

Doa Aku Hari Ni...Jom Amin kan...


 Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu......

#there always have someone who deserved you#
Janji Allah tu pasti