LamAN inIeY

Monday, February 28, 2011

JoM kiTa TenGok 10 Desti Nasi PerCutiAn TerBest...

Han jom kita belek2 tempat best tuk kita men'rest'kan diri kita sat dr stress sekeliling kita nih...tapi destinasi yang nk gtau kat sini laen sikit...bukan nk cari tempat macam LONDON ka..AMERIKA SYKT ka..AUSTTRALIA ka..NEW YORK ka..KOREA atau ITALY yang cantik2 belaka pada pandangan mata kita...bukan cantik pada pandangan ja duit keluar pun tersangat la cantik mengalirnya...hahaha....cari punya cari jumpa tempat yang boleh dianggap cantik dan agak setaraf dengan negara2 yang sememangnya femes la yang selalu manusia a.k.a insan kat dunia ni pi kannn....rupanya negara2 pun ada ada tempat yang sangat cantik...terharu tol melihat kecantikan tu...subhanallah....jom kite view tempat2 tersebut.....

1) MalDiVes---> Depa kata la sapa yang pi destinasi tak buat aktiviti yang ditawarkan, ternyata anda adalah orang yang sangat tak waras atau bahasa saintifiknya 'mengong'...hahaha...menurut sumber yang bernas lagi, kat situ ada sesikit jer resort yang ada jual mkanan di luar kwsan tu..yer ker??? biar la sumber tu yang kata bukan aku..hihi...tapi situasi pemanasan global kat situ dikatakan telah meningkatkan paras air di pulau2 kat situ tanpa disedari...jadi kalo air semakin bertambah maknanya pulau2 kat situ pun leh invisible kan...hah so kawan2 sebelom pulau2 kat situ hilang baik kita pi amik pengalaman kat situ dulu...hahaha...
hah ni la pulau kat Maldives ni...cantik kan...

2) TuNiSiA----> Tunisia seperti yang telah tersedia maklum adalah negara yang sgt huru hara keadaan politiknya,...tapi jangan bimbang hal sedemikian rupa takkan menggangu percutian indah kalian kalo pi kat situ pun...haha...sejak berkurun lamanya pakerj percutian ke negara ni menawarkan nilai yang sangat la terbaik dengan standard yang tinggi lagi berkualiti pada kos yang sangat rendah dan menjimatkan...dikatakan ramai telah merehatkan iri mereka di situ sebab layanan dan pakej yang bertaraf standard yang agak tinggi dengan kadar kos yang sgt murah...hah mau macam mn lagik...tempat walaweh kos plak hadoi rendah sesangat...mestikah negara ni terkeluar dr destinasi percutian anda??? hah fikir2 kan dan slamat bercuti...haha
antara bangunan @ tempat lawatan yang sering dikunjungi di Tunisia ni...

3) GreEcE---> Sangat la terkenal dengan lanskap yang terindah dan merupakan kota lama yang tersangat cantik...tak payah la nak citer banyak2 pasal tempat ni..yang pasti nya tempat ni tersangat la cantik dan sangt sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin melancong di sini a.k.a HONEYMOON...hahah...mmg cantik sangat...sila vie pictures di bawah yer...


hah cantik kan Greece ni...kota lama yang ada nilai tersindiri...sangat cantik..




Wednesday, February 23, 2011

ButTeRFly...









Lirik Lagu Melly Goeslaw feat. Andhika Pratama Butterfly

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

repeat reff

nInE GuRls & 1 LeLakI...UuM in My MemOry...

Pepagi yang indah dan dialun oleh bunyi mesin blender yang tak berhenti oleh jiran sebelah ni wat aku teringat balik kenangan  masa aku kat UUM dulu...Especially dengan kengkawan aku yg 9 orang tu...Memang tersangat la rapat...ke mana saja bersembilan..Masuk aku bersepuluh la kitorg...hahaha....



Seingat aku, 1st day aku masuk daftar kat UUM aku knl ngan member aku yang pertama ni...ZUZANAH BAHARUM...minah ni nk kawen dah next month...huhu...aku tlg syiok kat dia...masa kenal dia dulu, dia la org yg plg sombonk yang aku rasa la...hahaha..jahatnya aku kata member sendiri sombonk...tapi rupa2nya mmemang muka dia cam tu,,,nak tgok jap erk...

Masuk semester baru aku kenal Maslin, Darinah Daud, Ann Fahana, Maszura, Zati, Sha, and my lovely rumate sem 5-6, Ika.... Aku tunjuk pictures depa dulu la baru aku cerita dengan selanjutnya....hehehe







Hah ramai kan kawan aku....hermm memang meriahhh kalo keluar semua sekali...bisingnya jangan cakap la..,satu pekan Changlun pun dgr taw....hahaha....tapi tu la peel kawan2 aku yg otak2 sempoi ni...namanya pelajar Universiti tetapi perangai ngalahkan budak tadika KEMAS dan PASTI...wakaka...

Gambar2 ni time kitorang pi lepak kat sebelah utara Malaysia...dari UUM kitorg bertolak kemudian ke Gua Kelam....pastu ke Jitra...pusing2 kat Jitra kg halaman ku...wahh waktu tu rasa cam dah lama tak balik kg..siap pasang lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman lagi..hehe...pastu kitorg pusing balik ke negeri paling Utara kat Malaysia ni...PERLIS...kitorg pi Kuala Perlis...Posed baiknya kat sana baru la balik kolej kediaman masing2....tapi mmg la waktu tu paling happening,...hahaha.....Misz U Olls guys...huhu


Sunday, February 20, 2011

bUdaK KeCIk PuN TaW SeMbahYang...PluS MeManG CoMey SGt!!!


1st time tengok anak kecik nie mmg sah2 teruja sangat...dah la comey pastu pakai ala2 tok imam kat masjid...siap berstoking...mmg comey sangat...tapi bila dia iqamat lagi la tersa comey yang teramat sangat sebab suara dia nyaring...walaupn bacaan dia banyak yang tak betul tapi kita tau apa yang dia baca...budak ni bakal imam masjid bila besar nanti...bahagia parent dia dapat anak mcam nie...kalo dok dekat ni mmg kena cubit2 pipi dia tu...hish geram!!!!!

Saturday, February 19, 2011

JoM SeNYum SaT... :-)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

 "SENYUM ITU SEDEKAH YANG PALING MUDAH DAN BEROLEH PAHALA"

article:  
http://1001rahsiadiri.blogspot.com






Friday, February 18, 2011

Novel : Akhir Sebuah Cinta...

Author : Siti Nur Dhuha  (Buku Prima)
Sinopsis Novel :

Apalagi yang ada pada seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua2 dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi ATia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.

"Hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki pastu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi." Tengku Khuzairi tiba2 berkata.

Dia....lelaki yang disyaki membunuh. Dia...lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Dia...lelaki yang pernah menengking aku. Dia...lelaki yang sering membuatkan aku menangis. Dan dia...banyak melukakan hati aku. Dengan tiba2 Mimi ATia menitiskan air mata. Tengku Khuzairi...kenapa kau perlu datang dalam hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak der apa2. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu tengok ker abang aku kena sisih dengan saudara mara aku.


Pandangan Aku :

Aku bg 5 star (*****) kat novel ni sbb memang la tersangat best ceritanya...Mimi Atia gadis yang tidak secantik mana dapat menawan hati dua jejaka yang cukup hebat dlm cerita ni...Tengku Khuzairi dan Tengku Ezairy...mulut Tengku Khuzairi bak longkang yang tak siap tu mmg la sangat mengguris hati...tapi dalam kelongkangan mulut tu, romantiknya boleh tahan...aku yang baca ni pun cukup tertawan dengan keromantikan yang ditunjukkan pada Mimi Atia...alangkah bahagianya kalo realiti ada lelaki macam ni...

Ada part2 cerita tahap romantik gaban yang aku baca berulang kali...sampai aku rasa aku dalam cerita tu...Buat penulis novel in, Siti Nur Dhuha...Anda memang hebat kerana berjaya membuat suatu cerita yang dapat membuat pembaca menghayati dan terasa bagai berada dalam kronologi cerita tersebut..Tahniah!!!!

Thursday, February 17, 2011

LirIk LgAGu HAPus Aku...NiDji

Lirik Lagu Nidji Hapus Aku

Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Reff:
Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku...

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku...