LamAN inIeY

Friday, February 18, 2011

Novel : Akhir Sebuah Cinta...

Author : Siti Nur Dhuha  (Buku Prima)
Sinopsis Novel :

Apalagi yang ada pada seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua2 dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi ATia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.

"Hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki pastu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi." Tengku Khuzairi tiba2 berkata.

Dia....lelaki yang disyaki membunuh. Dia...lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Dia...lelaki yang pernah menengking aku. Dia...lelaki yang sering membuatkan aku menangis. Dan dia...banyak melukakan hati aku. Dengan tiba2 Mimi ATia menitiskan air mata. Tengku Khuzairi...kenapa kau perlu datang dalam hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak der apa2. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu tengok ker abang aku kena sisih dengan saudara mara aku.


Pandangan Aku :

Aku bg 5 star (*****) kat novel ni sbb memang la tersangat best ceritanya...Mimi Atia gadis yang tidak secantik mana dapat menawan hati dua jejaka yang cukup hebat dlm cerita ni...Tengku Khuzairi dan Tengku Ezairy...mulut Tengku Khuzairi bak longkang yang tak siap tu mmg la sangat mengguris hati...tapi dalam kelongkangan mulut tu, romantiknya boleh tahan...aku yang baca ni pun cukup tertawan dengan keromantikan yang ditunjukkan pada Mimi Atia...alangkah bahagianya kalo realiti ada lelaki macam ni...

Ada part2 cerita tahap romantik gaban yang aku baca berulang kali...sampai aku rasa aku dalam cerita tu...Buat penulis novel in, Siti Nur Dhuha...Anda memang hebat kerana berjaya membuat suatu cerita yang dapat membuat pembaca menghayati dan terasa bagai berada dalam kronologi cerita tersebut..Tahniah!!!!

No comments: