LamAN inIeY

Sunday, February 13, 2011

TaHun ArNaB 2011...

KEPERIBADIAN ARNAB

Arnab merupakan zodiak yang mempunyai ciri paling gembira, berbakat, senang di dampingi, rendah hati (tidak sombong), tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi tetapi tidak terlalu melampau dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka merupakan teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.


TAHUN ARNAB

Tahun arnab dipercayai oleh masyarakat cina sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional dan jamu. Akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan.


KEPERIBADIAN MEREKA YANG LAHIR PADA TAHUN ARNAB

LELAKI: Tidak ketara, bijaksana, mendengar kata, bersopan santun dan beradab, diplomatik dan jarang berkonfrontasi

PEREMPUAN: Bijaksana, bertimbang rasa, baik, sensitif, dan suka menyukakan hati orang.

Tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan tahun arnab, oleh itu fokus dalam perancangan anda untuk masa depan anda. Bagaimanapun, oleh kerana akan terdapat banyak kuasa api di sekeliling, berhati-hati pada risiko kerosakan kesihatan emosional atau fizikal. (breakdown) Pulihkan semula diri anda dengan lebih banyak kuasa air lebih-lebih lagi di arah Timur. Bahagian Timur Selatan atau Barat Selatan di rumah atau bilik tamu anda akan bermanfaat dari barangan air juga. Pastikan yang barangan air itu diletakkan pada sebelah kiri pintu utama apabila anda memandang ke luar dari dalam rumah.

TAHUN: 1903, 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999...

ARNAB
Tahun : 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011
Perwatakan : Hati mudah tersentuh dan kaya kasih sayang. Anda gemarkan ketenangan dan kedamaian. Sifat diri yang tenang membuatkan anda jarang bertindakbalas pada cabaran dan musuh. Anda tidak gemar bersaing dan lebih rela mangaku kalah daripada hidup dalam tekanan.

Percintaan : Bergantung harap dan hidup pada insan yang disayangi bukan cara yang bijak dalam hubungan kasih sayang. Sesekali anda harus bertegas dan membuktikan anda mampu berdikari agar orang disayangi lebih menghormati anda.

Pasangan serasi : Kambing, Babi

sesajer aku nk share kat blog ni..bukan per sebab aku pun lahir tahun hewan ini...bangga-bangga...hahaha...renung2 kan dan selamat membaca... ;-D....

source: kosmo 8/2/2011, blog-blog lain....


No comments: