LamAN inIeY

Wednesday, May 30, 2012

aKu, AkAL dAN HaTi...

Hari sudah 5 hari dia dengan status barunya...Seorang suami kepada seorang perempuan pilihan hatinya...Dan aku masih begini sejak aku terpaksa menerima kenyataan yang dia bukan milik aku lagi...Alhamdulillah setelah 4 hari aku derita menanggung perasaan yang tak keruan ini, hari ini aku mempunyai sedikit kekuatan dalam diri aku utk aku menerima kenyataan sebenar...He is my first love...

dulu aku dan dia bahagia...

Aku mula belajar bercinta sejak aku mengenali dia tahun lalu...Tapi semua yang terjadi ni disebabkan salah aku sendiri..Aku tau keadaan akan jadi macam ni tapi aku still take risk in this relation...Aku tak sepatutnya menerima kehadiran dia dalam hidup aku pada awal lagi...Tapi tahap confident aku ni wat aku tersalah langkah yang paling besar dalam hidup aku...Aku terima dia sedangkan aku taw aku akan sakit cam nih...Seriously it's hurt very bad...And I can't blame him utk apa yang jadi skang nih...Tapi mengenali memberi aku 1 pengalaman...Dan 1 hari nanti aku boleh menasihati org jgn wat mcm mn aku wat sbb aku dah rasa betapa peritnya perasaan disakiti...

4 hari aku sentiasa bersama air mata...perit..sangat..

Bahagia...Aku rasa itu ungkapan utk pasangan yang betol2 bahagia ngan hubungan diorg... Tapi bagi aku bahagia itu hanya sekejap...Bahagia yang menjengah ketika diri betol2 diperlukan...Dan aku pernah merasa saat2 bahagia berpasangan...Dan perasaan itu akan menjadi kenangan utk aku dan aku tak mungkin dapat lupakan perasaan dan kenangan itu...Terima Kasih utk dia sbb bahagiakan aku walaupun sekejap...

Now, aku perlu kuatkan diri aku utk terima semua ini...Apa yang jadi sekarang ni dah tertulis dalam takdir hidupku...Aku perlu ikhlas...Dan seikhlasnya, aku melepaskan dia dari hidup aku..Aku yakin, EVERYTHING HAPPEN 4 A REASON...Allah takkan berikan ujian jauh dari kemampuan hamba-Nya..Itu yang aku pegang untuk aku kuat mengharungi ujian ini...Dan aku sangat yakin, kebahagiaan akan menemui aku satu hari nanti...Kebahagiaan takkan datang selagi tiada tangisan pada seseorang itu...Dan itu menjadikan seseorang itu matang...Aku tak perlu lagi merosakkan diri aku lagi meratapi kebahagiaan dia..Kenapa aku perlu meratap menangis sedangkan dia bahagia bersama isteri dia...Dan aku doakan kebahagiaan utk dia walaupun aku taw aku tak iklas mendoakan begitu...Jahatkan aku...Apa2 jer la...Hihihi

dia tinggalkan aku...di saat aku perlukan dia...

Life aku masih lagi panjang...Aku tak perlu tuk mensia-siakan life aku hanya kerana dia...Mungkin bagi aku dia terbaik utk aku, tapi bg Pencipta ku , dia bukan terbaik utk aku...Aku yakin Allah store someone much better than him 4 me...Dan utk aku mendapat yang terbaik, aku perlu berubah menjadi yang terbaik...Aku kena cucikan hati aku dari dosa-dosa yang aku telah wat dulu...Aku terlalu jauh ngan Cinta Hakiki aku...Terlalu jauh...Dan sekarang aku kembali pada-Nya...Kembali kepada Pemilik Hati yang sebenar...Ya Allah ampunkan aku, hamba-Mu yang hina dan berdosa ni..




No comments: