LamAN inIeY

Saturday, March 19, 2011

MuTiArA & KatA HikMaH...

Sajer jer aku post Mutiara Kata Hikmah ni kat blog aku..Bukan apa boleh dijadikan inspirasi kita terutama bg aku la...kadang2 rasa cam kata2 tu bley motivate hidup aku..dan ada betol jugak bila kita hayati betol2 maksudnya secara mendalam...hah jom Baca!!!

1) "Jauh sekali perbezaan antara persahabatan dan perkenalan".

2) "Kecantikan, kepandaian, dan keindahan selalu dapat meneladani serta melayani pemiliknya".

3) "Belajarlah ilmu untuk ketenteraman hati, kemantapan iman dan kelembutan jiwa. Nescaya hidup akan damai bahagia".

4) "Watak seorang mukmin itu mengagumkan kerana apabila mendapat musibah dia bersabar dan apabila mendapat kenikmatan dia bersyukur". (Sabda Rasulullah SAW)

5) "Hidup ini bukan diukur dengan waktu hidup, tetapi diukur dengan amal ketika hidup".

6) "Berbuat baik meskipun orang lain tidak melihat kerana sesungghnya kebaikan itu dilihat Allah dan dicatat oleh malaikat".

7) "Berbuat baik kepada orang lain bererti berbuat baik untuk diri sendiri..Berbuat jahat kepada orang lain bererti berbuat jahat untuk diri sendiri".

8) "Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dalam cinta dan lebig besar pengorbanannya demi cinta. Wanita juga banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki".

9) "Balaslah ucapan salam dengan lebih sempurna, nescaya lebih berkat".

10) "Bangunlah di waktu malam dengan ibadah dam zikir kepada Allah, maka hati akan tenteram".

11) "Tidak sepatutnya kita berada dalam terang jika tidak membantu mereka yang dalam kegelapan".


12) "Tidak akan ada kesihatan bagi orang yang selalu sedih dan susah".

13)  "Kecantikan batin boleh menambah kecantikan lahir, kecantikan lahir boleh mengurangkan kecantikan batin, kecantikan lahir tak bererti tanpa kecantikan batin".

14) "Beban berat yang dipikul dengan ikhlas dan senang hati akan menjadi ringan".

15) "Kebencian tidak akan bersanding dengan kasih sayang, tetapi kebencian akan hilang dengan hadirnya kasih sayang".

16) "Bencilah seseorang itu sekadarnya, kerana boleh jadi tidak lama lagi akan anda cintai, cintailah seseorang itu sekadarnya kerana boleh jadi tidak lama lagi dia akan meninggalkan anda".

17) "Jika Allah mencintai seseorang hambanya, maka Dia mengujinya agar dia selalu mendengar rintihan hambanya".

18) "Berilah sesuatu kepada orang lain dengan senyuman dan wajah ceria, nescaya pemberian itu berkat".

19) "Faedah dan manfaat yang pasti dari satu perkahwinan ialah anda akan sembuh dari penyakit bersendirian".

20) "Padukan kecantikan rupa dan jiwa maka kita akan mulia".



No comments: